Sunday, 16 December 2012

BBK 3408 KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA

Assalamualaikum kakak GRF dan kawan-kawan yang dikasihi sekalian..

Ha.. Jumpa lagi kita di satu sudut yang paling indah.. Sudut komen-mengomen.. Sudut ini merupakan sudut yang paling saya suka..
Kali ni saya dapat tugasan untuk memberi sedikit komen tentang kursus BBK3408 iaitu Kesusasteraan Dalam Multimedia yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar yang mengambil Bacelor Kesusasteraan Melayu. Kursus ini ada dua bahagian. Yang pertama kelas harian yang diajar oleh Prof. Madya Dr. Arba'ie bin Sujud manakala bahagian yang kedua ialah Makmal yang dikendalikan oleh kakak-kakak tutor.

Pertama sekali, saya nak komen tentang kelas harian yang diajar oleh pensyarah tersayang iaitu Prof. Madya Dr. Arba'ie bin Sujud. Kelas ni seperti kelas-kelas yang lepas yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Arba'ie, yang mana kelas ni sangat bagus. Cara Dr. Arba'ie mengendalikan kelas ini sangat baik dan saya mudah memahami setiap isi pelajaran yang diberikan kerana beliau banyak memberi penjelasan secara jelas dengan setiap aspek yang diterangkan. Tambahan itu, beliau banyak menyelitkan unsur-unsur jenaka dalam cara pengajaran beliau dan ini membuatkan kelas ini sangat bagus dan sangat baik dan tidak membosankan. Banyak input dan mesej-mesej yang berguna yang saya dapat dalam kelas ini untuk saya terus mengaplikasikannya dalam kehidupan saya.

Komen saya yang kedua adalah merujuk kepada kelas tutorial bagi subjek Kesusasteraan dalam Multimedia. Kelas ni merupakan kelas yang paling saya suka sebab kami belajar banyak benda baru yang belum pernah kami terokai. Banyak benda-benda penting dan baru yang boleh kami aplikasikan dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya seperti, Movie Maker, Power Point, Adobe Photoshop, cara nak buat Blog, weebly dan sebagainya. Ada di antara benda-benda baru ini merupakan benda yang saya dah biasa buat dalam kerja-kerja bagi kursus yang sebelum ini, tapi bila saya sertai kelas tutorial ni, banyak benda lagi yang saya dapat yang saya tak pernah sedar sebelum ini dan benda-benda ini amat penting. Ini merupakan pengalaman yang penting bagi saya untuk saya terus berkembang selaras dengan perkembangan teknologi masa kini. Contohnya, seperti cara-cara membuat blog. Sebelum ini saya tidak pernah pandai untuk menggunakan blog apatah lagi nak buat blog. Jadi, bila saya sertai kelas tutorial ini, saya diajar cara bagaimana nak buat blog dan cara untuk menggunakannya. Sekarang, hasilnya saya dah berjaya hasilkan satu blog yang penuh dengan hasil-hasil karya yang berkaitan dengan dunia sastera yang akhirnya saya mampu mengembangkan dunia sastera yang saya minati. Selain itu, akak tutor yang mengendalikan kelas ini pun sangat baik dan tidak lokek untuk berkongsi idea dan ilmu. Setiap kali kami berhadapan dengan masalah, para tutor tidak jemu untuk melayan karenah kami. Dengan itu, kami mudah faham dan dapat aplikasikan setiap ilmu yang diberikan oleh tutor yang sangat kami sayang iaitu Kak Wani dan Kak Intan. Bagi kawan-kawan dalam kelas tutorial ini pula, mereka sangat peramah dan riang. Pendek kata, mereka memang baik dan riang yang tidak pernah membuat kelas tutor ini senyap. Boleh diibaratkan kelas tutorial ini macam "Pasar Malam"..... Hehehehe.. Apa-apa pun, saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Prof. Madya Dr Arba'ie bin Sujud selaku pensyarah, penasihat dan pembimbing, Para Tutor iaitu Kak Wani dan Kak Intan dan kawan-kawan yang dikasihi sekalian yang banyak memberi maklumat, ilmu dan berkongsi pandangan dan telah banyak membantu saya. Saya rasa dah tak ada apa-apa lagi yang ingin saya coretkan di sini.

Saya sudahi dengan serangkap pantun,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, Terima Kasih.. =)..

No comments:

Post a Comment