Pengalaman Berharga
Aku terasa asing..
Asing di bumi sastera..
Yang luas dan indah..
Dikelilingi pelbagai cendekiawan..
Yang datang dari segenap bidang..
Aku pasrah..
Menegakkan kebenaran..
Menguntumkan senyuman..
Tanda aku boleh..
Aku harus bangkit..
Bangkit melawan kelemahan..
Kekuatan yang ada..
Pada wajah-wajah yang diingati..
Pada wajah-wajah yang disayangi..
Pada wajah-wajah yang telah banyak membantuku..
Sekali gus menolak arus kelemahan dalam diri..
Aku bangun dengan gagah dan berani..
Membawa banyak tanggungjawab yang tergalas di bahu kanan dan kiriku..
Aku harus perjuangkan segalanya..
Segala yang telah aku usahakan..
Detik demi detik..
Ku tunggu dan ku nanti..
Akhirnya..
Aku menemui sebuah kejayaan..
Yang amat berharga untuk diriku..
Alhamdulillah..
Kejayaan ini aku hadiahkan kepada keluargaku terutama kepada ibuku..
Sekalung penghargaan juga untuk guru dan rakanku..
Terima kasih atas segalanya..
Terima Kasih..
No comments:
Post a Comment